Wikipedia:Bulan Asia Wikipedia 2019

Bulan Asia Wikipedia ialah pertandingan Wikipedia tahunan yang memberi tumpuan kepada promosi kandungan Asia dalam pelbagai bahasa Wikipedia masing-masing. Setiap komuniti yang menyertai pertandingan ini dikehendaki untuk menjalankan penyuntingan secara dalam talian setiap bulan pada bulan November di Wikipedia bahasa masing-masing dan membuat kandungan baru atau memperbaiki rencana sedia ada mengenai topik Asia selain negara mereka sendiri. Penyertaan tidak terhad kepada warga Asia sahaja. Penganjuran pertama pertandingan ini bermula pada tahun 2015 dan setiap tahun jumlah rencana telah meningkat serta penyertaan oleh para peserta yang pelbagai dan semakin berkembang. Dalam tiga tahun yang lalu, lebih 20,500 rencana bermutu tinggi telah ditambah dalam lebih daripada 50 Wikipedia bahasa khusus oleh lebih daripada 2,000 penyunting Wikipedia.Sebagai sebahagian daripada matlamat persahabatan dan pertukaran budaya Komuniti Asia Wikipedia, peserta yang membuat sekurang-kurangnya empat rencana akan menerima Poskad Wikipedia khas dari komuniti yang menyertai.Bersiaplah untuk menerima pelbagai kejutan! Anda tidak pernah tahu komuniti Wiki mana yang akan menghantar poskad kepada anda! Ahli Wikipedia yang membuat rencana paling banyak di setiap Wikipedia akan diberi penghormatan sebagai "Duta Wikipedia Asia".Daftar sekarangSerah rencana Secara ringkas: Rencana baru, berkaitan Asia (rakyat, tempat, budaya dan lain-lain), bermutu baik, minimum 3,000 bait dan 300 patah perkataan, dihasilkan pada bulan November 2019 dan bukannya suatu senarai.Daftarlah di sini. Penganjur akan menanda (menyemak) jika rencana yang dihasilkan memenuhi kriteria. Anda boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang bulan November.Daftarlah sekarang
Sebaik sahaja anda telah menyertai, anda bebas untuk menambah kotak pengguna ini ke halaman pengguna anda.Selesai mencipta dan menyunting rencana? Hantarlah sumbangan anda melalui alat Fountain.Hantar rencana